As Salam,
Pink Solehah dalam dilema..Ya Allah! hanya pada Mu tempat hamba mu memohon, semoga Kau makbulkan doa dan permudahkan segala urusan hambu Mu ini..
Dilema dalam memilih apa yang utama dalam kehidupan sebagai seorang isteri, anak dan pekerja. Ni belum dapat title ummi lagi. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Rabb..
Menjadi isteri dan bekerja dalam masa yang sama, banyak menuntut pengorbanan. Lebih rela duduk di rumah, menjaga keperluan suami, makan dan minum dan pakaian tersayang daripada bergelumang dengan pelbagai ujian yang bakal menimpa di luar sana.. Bekerja pulak dengan bermajoritikan kaum lelaki, nampak seolah olah kita dalam persaingan berlumba lumba ingin mengecap kejayaan dalam kerjaya..bukan ini yang di impikan atau di khayalkan, mungkin satu masa dulu tapi sekarang keutamaan telah di ubah seiring dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri..
Ya Allah, berikan ku petunjuk Mu. Suami inginkan bantuan kewangan, kenalah bekerja membantu meringankan beban..tapi tanggungjawab di rumah tak boleh di ambil enteng..pulang kerja, senja melabuhkan tirai, terkejar kejar di dapur menyedia makanan, berlari lari ke ruang tamu, menyapu sampah..tapi semua di lakukan seikhlas hati kerana insya Allah pahala ibadah ganjarannya..
Semoga di berikan rezeki untuk di sambung di lain kali...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment