Thursday, June 23, 2011

Lemah Lembutnya Wanita...untuk Lelaki

Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya Namun Ada yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan.... Kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam..... Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari Lelaki yang mengaku kuat....celik mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat.....di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah.....bergelut di dapur memasak Suami yang mengaku gagah.....bersantai di hadapan TV tidak bergerak Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat...., menonton TV sambil tergelak Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersadar semula seperti tadi Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi Hukum agama telah terpapar Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT "
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

Pink Solehah dalam Dilema

As Salam,

Pink Solehah dalam dilema..Ya Allah! hanya pada Mu tempat hamba mu memohon, semoga Kau makbulkan doa dan permudahkan segala urusan hambu Mu ini..

Dilema dalam memilih apa yang utama dalam kehidupan sebagai seorang isteri, anak dan pekerja. Ni belum dapat title ummi lagi. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Rabb..

Menjadi isteri dan bekerja dalam masa yang sama, banyak menuntut pengorbanan. Lebih rela duduk di rumah, menjaga keperluan suami, makan dan minum dan pakaian tersayang daripada bergelumang dengan pelbagai ujian yang bakal menimpa di luar sana.. Bekerja pulak dengan bermajoritikan kaum lelaki, nampak seolah olah kita dalam persaingan berlumba lumba ingin mengecap kejayaan dalam kerjaya..bukan ini yang di impikan atau di khayalkan, mungkin satu masa dulu tapi sekarang keutamaan telah di ubah seiring dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri..

Ya Allah, berikan ku petunjuk Mu. Suami inginkan bantuan kewangan, kenalah bekerja membantu meringankan beban..tapi tanggungjawab di rumah tak boleh di ambil enteng..pulang kerja, senja melabuhkan tirai, terkejar kejar di dapur menyedia makanan, berlari lari ke ruang tamu, menyapu sampah..tapi semua di lakukan seikhlas hati kerana insya Allah pahala ibadah ganjarannya..


Semoga di berikan rezeki untuk di sambung di lain kali...

Wassalam..